Tag Archives: demonstrasi memorial park

Demonstrasi Bantah Memorial Park Di Kulim

Satu demonstrasi telah diadakan di luar Mahkamah Majistret Kulim anjuran Jawatankuasa Bertindak Mewakili Penduduk Mukim Karangan pagi tadi. Jumlah yang hadir adalah lebih kurang 50 orang.

Selain itu, Jawatankuasa itu juga berhimpun bagi memberi sokongan terhadap Khairul Anuar bin Ramli yang dibicarakan pagi tadi atas dakwaan khianat di bawah Seksyen 427 KK kerana insiden di MPKK pada 20 Februari 2012.

Antara ucapan mendesak projek tersebut tidak diteruskan, demonstrasi ini akan diteruskan dan jawatankuasa bertindak akan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri pada 3 Februari 2012 di Sungai Petani.