Tag Archives: guan eng
Guan Eng!! Tokong Salah Taip Kos Terowong Dasar Laut
DAP terlalu angkuh. Mereka selalu mendabik dada KONONnya mereka yang terbaik padahal mereka lah antara punca utama kejahatan kerosakan dan kemusnahan perpaduan keakraban dan muhibah sesame kaum di Malaysia.
Lim Guan Eng tidak berbeza dengan pemimpin pakatan haram yang lain, kebangsatan dan kejahatan nya walaupun disorokkan dengan apa jua lakonan tetap mampu dihidu apalagi apabila Guan Eng cuba menutup bangkai gajah.
Salah taip merupakan alasan yang diberikan Ketua Menteri Pulau Pinang yang selama ini dianggap sebagai tokong tuhan kaum Cina rupanya tokong ini boleh salah taip. Lim Guan Eng ketika mempertahankan kenaikan kos projek mega dengan alas an darjah satu salah taip tidak mencerminkan sikap cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang sering dilaungkannya.
DAP Makin Celaru, KALIMAH ALLAH Tak Mampu Lindungi Salahguna Kuasa Guan Eng
Lim Guan Eng tidak dapat mengelak lagi daripada terpaksa berterus-terang, mengapa dia dan konco-konconya sanggup melakukan penipuan dalam pemilihan jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat (CEC). Semakin hari, semakin ramai akar umbi DAP sendiri yang tidak berpuas hati ekoran sikap Guan Eng yang terus membisu dan cuba melarikan diri daripada memikul tanggungjawab berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam DAP itu.
DAP dan Guan Eng merupakan orang yang paling kuat mendabik dada, kononnya mereka sangat telus, bersih, jujur dan mengikut peraturan. Manakala UMNO, MCA, MIC dan parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain, semuanya korup, penyeleweng dan penyalahguna kuasa.
Klip Video Lucah 28 Saat Mansor Othman Dengan Seorang Wanita DAP Sedang Tersebar
Tidak dapat dinafikan, DAP sememangnya memerlukan satu senjata yang paling berkuasa untuk menutup terus cerita tentang rasuah dan penyelewengan yang melibatkan para pemimpin utama parti tersebut seperti Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham, selain skandal kewangan serta penjualan tanah oleh Lim Guan Eng kepada beberapa buah syarikat kroni.
Selalunya, DAP gemar menjadikan UMNO dan para pemimpin sebagai sasaran utama. Itulah sebabnya, dari mulut Anwar Ibrahim akan kedengaran ratib dan zikir, UMNO, UMNO dan UMNO. Apa-apa sahaja yang berlaku dan tidak kena di mata Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang itu akan cuba kaitkan dengan UMNO walaupun kesalahan tersebut dilakukan oleh DAP sepertimana yang berlaku dalam kes pembinaan bangunan meletak kereta yang akhirnya diruntuhkan bernilai lebih RM5 juta di Bukit Bendera pada tahun lalu, kerana bukan sahaja tidak mengikut spesifikasi sebaliknya tidak boleh dimasuki oleh mana-mana kenderaan pun, kecuali motosikal.




