Tag Archives: himpunan kebangkitan rakyat
Pecacai Pakatan Cuba Nafi, HKR112 Bukan Himpunan Sokong Shamsidar
Pecacai Pakatan masih lagi mahu bercakap tentang Himpunan Sokong Shamsidar yang sebenarnya hanyalah untuk mendengar cerita dan gelembong serta angan-angan kosong Anwar Ibrahim. Marah sungguh mereka sebab media terus memfokuskan tentang perlanggaran-perlanggaran syarat yang telah dilakukan oleh para peserta dan penganjur Himpunan Sokong Shamsidar tanggal 12 Januari 2013.
Jangan sebut HKR121 sebab itu boleh menyebabkan Mat Sabu jatuh hidungnya. Angka 121 merupakan angka yang paling cuba dilupakan oleh Mat Sabu. Sebabnya, angka 121 mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan peristiwa dia ditangkap khalwat dengan isteri orang di Bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu pada tahun 1995.
Jadi, untuk jaga hati Mat Sabu, dari HKR121 ditukar menjadi HKR112.
Pecacai Pakatan Cuba Sahkan, Otak Mereka Sebesar Butir Kacang Hijau
Rupa-rupanya di serata blog, portal, forum, bahkan terutama sekali di Facebook yang dikuasai oleh pecacai Pakatan Rakyat, masih lagi membicarakan tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat atau Himpunan Sokong Shamsidar. Mereka kelihatan terkial-kial untuk meyakinkan tentang jumlah besar yang hadir dalam himpunan tersebut mengikut angka yang mahu mereka percaya. Mereka juga masih lagi mempertahankan kononnya, mereka datang ke himpunan tersebut secara sukarela, bukannya kerana dibayar dan tidak mendapat sebarang hadiah.
Apa yang boleh dikatakan lagi dengan minda sebegitu rupa?
Sudah tentulah kita bersimpati dengan mereka kerana mereka telah menggambarkan tahap intelektual mereka yang baik sedikit sahaja berbanding lembu yang meragut rumput di tengah-tengah padang!
Apa Yang Penyokong PR Dapat Selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat?
Berakhirlah sudah acara yang digembar-gemburkan dan dikempen-kempenkan selama berbulan-bulan oleh pimpinan utama Pakatan Rakyat, terutama sekali yang membabitkan PAS dan PKR di seluruh negara. Pelbagai peringkat masyarakat telah dihampiri dan dihasut oleh para pemimpin Pakatan Rakyat sepanjang tempoh kempen. Pelbagai provokasi dan hebahan membabitkan SAMM, persatuan-persatuan pelajar, ANAK dan sebagainya turut dibuat. Setiap kali berita tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat dibuat, para pemimpin dan pemuja Pakatan Rakyat akan membayangkan bahawa 12 Januari 2013 akan menyaksikan negara ini beralih tampuk kepimpinan.
Dengan kata lain, Pakatan akan mengambilalih pentadbiran negara bermula pada 12 Januari 2013 sebelum mereka mengubah segala sistem yang dilaksanakan di negara ini semenjak merdeka daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Konon-kononnya, perubahan sistem tersebut diperlukan bagi memastikan agihan ekonomi dan ketidakadilan selama ini, dapat dihapuskan.
Himpunan Kebangkitan Rakyat Sekadar Menambahkan Susah Hati PAS Hadapi PRU13
Tidak seperti yang diharapkan dan tidak seperti jangkaan awal bahawa Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Stadium Suka Menanti, Alor Star akan dihurungi oleh para penyokong dan ahli-ahli PAS dari seluruh negara seperti dalam beberapa himpunan anjuran PAS yang lain. Himpunan yang diadakan pada 7 Disember itu, nampaknya semakin meresahkan PAS kerana sudahlah sambutannya kurang memberangsangkan, sokongan kepada Anwar Ibrahim dan DAP juga, nampaknya semakin menurun. Sekaligus PAS telah gagal sama sekali menterjemahkan kekuatan parti itu sebagai pemain utama dalam Pakatan Rakyat untuk PRU13 yang sudah tidak beberapa minggu sahaja lagi.
Tukang-tukang propaganda PAS masih cuba untuk meyakinkan para pengikut mereka yang tidak pergi ke Alor Star bahawa himpunan tersebut telah berjaya menghimpunkan lautan manusia dengan jumlah serta angka standard adalah 30 ribu orang. Bagaimanapun, angka tersebut jauh dari benar, bahkan angka berkenaan lebih kepada gandaan daripada jumlah sebenar yang hadir di stadium terbuka itu.





