Tag Archives: isu rakyat

FISOL

Pecat Ahmad Fisol Dari Terus Memalukan KCS!

Memang memalukan bagi seorang anggota Perkhimatan Tadbir Negeri atau lebih dikenali sebagai Kedah Civil Servant (KCS) yang bertindak tidak rasional dengan mencampur adukkan urusan pentadbiran dengan sentimen politik kepartian.

Meskipun dia tidak cemerlang dalam tugasnya sebagai KCS selama ini, Yang DiPertua (YDP) Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP), Ahmad Fisol Md Nor, yang dilihat mahu lekas naik pangkat dan merebut JUSA di negeri Kedah cuba menggunakan pengaruh politik untuk menjatuhkan individu yang dipilih DYMM Sultan Kedah.

fisol

Apa Masalahnya Kalau Ahmad Fisol Ditukar Ke Tempat Lain?

Agak pelik melihat sikap YDP Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP), Ahmad Fisol Md Nor, yang enggan ditukarkan ke daerah lain dan bermati-matian mahu meneruskan tugasnya di daerah tersebut sehingga isu bantahannya itu menjadi panas.

Setahu saya, sudah beribu-ribu kali para pegawai Kedah Civil Servant (KCS) ditukarkan dari satu daerah ke satu daerah yang lain atau dari satu bidang ke satu bidang kuasa eksekutif lain dibawah Kerajaan Negeri Kedah.

Misalnya, ada yang ditukar dari Pendang ke Baling dan ada pula yang ditukar dari Padang Terap ke daerah lain yang agak jauh, tapi tidak pula menjadi isu panas seperti yang berlaku kepada Yang DiPertua MDKP ini.

Persoalannya, mengapa Ahmad Fisol Md Nor ini mengada-ngada sangat sehingga tidak mahu ditukar bertugas di tempat lain?

Apa keistimewaan Ahmad Fisol? Dia berjawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah, kah? Setahu saya, dia hanyalah JUSA biasa sahaja…

Khabarnya, setelah Fisol mendapat surat arahan untuk bertukar tempat ke daerah lain, dia melompat dan mengelabah seolah-olah ajalnya sudah tiba bersama surat yang diterima dari SUK, Datuk Rasli Basir.

09

Mengamuk Tidak Dapat Habuan, Johari Abdul Aniaya Peniaga Di Stesen Bas Ekspres Sungai Petani

Mungkin rakyat Malaysia sebelum ini mengenali nama Johari Abdul kerana dia merupakan seorang Ahli Parlimen Sungai Petani dari parti PKR yang menjadi antara yang pertama menonton rakaman skandal video seks yang dikaitkan dengan “boss”nya, Anwar Ibrahim.

Dia memang popular ketika itu. Media arus perdana berulang kali menyiarkan gambar dan berita mengenai dirinya yang pada mulanya mengaku lelaki di dalam video itu adalah Anwar dan kemudian menafikan pengakuannya setelah dikatakan dia mengamuk tidak mendapat habuan.

Itulah perangai Johari Abdul yang dikenali sebelum ini.

Namun, rasanya tidak ramai yang tahu bahawa dia juga merupakan seorang yang tidak menepati janjinya pada rakyat yang diwakilinya. Atau lebih tepat lagi, Johari Abdul dikatakan telah mungkir janji terhadap para peniaga di sekitar stesen bas ekspress di bandar Sungai Petani.

cariansalihiah3

PAS Kedah Kemaruk Pasir Sampai Kubur Orang Islam Pun Dijadikan Lombong!

Nampaknya Kerajaan PAS Negeri Kedah tidak puas dengan hanya “merompak” balak di hutan-hutan simpan kekal di negeri ini. Dalam diam, Azizan semakin rakus mengikut jejak langkah Kerajaan Pakatan Haram Selangor “menyamun” pasir di Kedah.

Cuba bayangkan, sumber pasir di Kedah ini hanya sedikit jumlahnya. Tapi yang sedikit itu pun Azizan dan konco-konconya nak “kebas”! Terdesak sangatkah PAS Kedah mahu mengisi karung parti dekat-dekat pilihanraya ni..?

Terbaru yang kami terima, Azizan kini cuba “balun” pasir di sebuah Kampung Padang Hassan, Mukim Lengkuas di Daerah Kubang Pasu pula. Kali ini projek berkenaan melibatkan penganiayaan kepada penduduk kampung di sekitar kawasan tersebut.

Khabarnya, kelulusan tanah untuk aktiviti perlombongan pasir di tanah lot bernombor 152 di kampung itu telah diluluskan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah (PTG).

Sampah Terbiar Berlonggok Di Depan Klinik Kesihatan Simpang Empat

SIMPANG EMPAT – Tidak tahan lagi dengan bau busuk sampah yang menusuk hidung di depan Klinik Kesihatan Simpang Empat, beberapa individu menghubungi pihak Kedahan69ers.com untuk mengadu rintihan mereka setelah tidak masalah tersebut tidak dipedulikan pihak berwajib.

Menurut mereka,masalah tersebut telah menghantui mereka sejak beberapa lama dan tiada sesiapa pun yang mengendahkan aduan mereka meskipun pencemaran tersebut berlaku di depan mata.

kedahan 14

Azizan Perlu Jawab Persoalan Di Baling Sebelum Dikejarkan Ke IJN

Nampaknya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak tak senang duduk sejak seminggu dua ini. Apa tidaknya apabila isu Ladang “Sejahtera”nya yang menggondolkan hasil balak di Hutan Simpan Gunung Inas “terlondeh”!

Bermula dari blog, isu pembalakan yang memusnahkan eko-sistem alam semula jadi dan mencemarkan kawasan air terjun Lata Celak melarat sehingga membawa “team” Aduan Rakyat dari TV3 membongkar “projek ibu duit”nya.

Semalam melalui TV3, wartawannya Puspavathy Ramaloo menyiarkan rintihan rakyat dan penduduk kampung di Mukim Kupang, Baling, yang pernah disiarkan oleh Kedahan69ers.com.

Hakikatnya, ia adalah satu isu yang memaparkan bantahan dan penderitaan rakyat hasil kerakusan pihak Kerajaan PAS Negeri Kedah.

separa bogel alor setar

Kerajaan “Islam” PAS Benarkan Papan Iklan Separuh Bogel?

Alor Setar – Kerajaan PAS Negeri Kedah patut rasa malu apabila melaungkan bahawa mereka memperjuangkan imej negeri ini sebagai sebuah “kerajaan Islam negeri contoh” apabila membenarkan papan iklan wanita separuh bogel dipamerkan di ibu negerinya.

Hakikat itulah yangh perlu ditelan apabila beberapa penyokong PAS yang dipercayai dari PAS Kawasan Kuala Kedah yang menghubungi Kedahan69ers.com berhubung isu iklan “wanita separa bogel” yang terdapat di Alor Setar Mall, di sini baru-baru ini.

Menurut mereka, papan iklan seperti itu tidak sepatutnya berada di sebuah negeri yang dipimpin oleh seorang yang bergelar “ustaz” dan kononnya mengamalkan dasar-dasar perjuangan Islam di negeri ini.

“Agak menghairankan apabila papan iklan sebegini boleh dibenarkan oleh Ustaz Azizan. Tapi, kalau pi tanya kat dia…dah tentu dia akan jawab dia tak tau apa-apa,” kata salah seorang dari mereka.

Aktiviti Pembalakan Azizan Matikan Industri Pelancongan Penduduk Kampung

BALING – Aktiviti pembalakan yang tidak dipantau dan dilaksanakan secara rakus telah mengakibatkan para penduduk Kampung Iboi, Mukim Kupang, di sini, telah kerugian lebih RM2,800 sebulan.

Menurutnya, penduduk kampung itu telah mengambil inisiatif apabila kajian yang dijalankan menunjukkan lebih 300 kenderaan dari luar mengunjungi tapak perkelahan air terjun itu setiap minggu dan ia dilihat mampu menjana pendapatan sampingan untuk mereka.

Bagaimanapun setelah segala usaha dibuat termasuk mendaftarkan koperasi mereka di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dilakukan, segalanya musnah begitu saja apabila Kerajaan PAS Negeri Kedah menyerahkan hutan simpan Gunung Inas kepada kontraktor balak, tahun lalu.

Sejak itu, kawasan air terjun Lata Celak telah tercemar teruk dan menjadi keruh bagaikan “air milo” disebabkan hakisan yang dipercayai berpunca dari aktiviti pembalakan yang tidak berkala serta tidak dipantau pihak kerajaan negeri.

kedahan

Sepanduk “Berdarah” Buat Kerajaan PAS Kedah Dari Rakyat Baling

BALING – Kerajaan PAS Negeri Kedah dijangka semakin ‘kepanasan” apabila semakin ramai rakyat Kedah di Baling, khususnya di Mukim Kupang makin marah dan sedar tentang penganiayaan yang dilakukan oleh para pemimpin kerajaan negeri itu kepada mereka.

Terbaru, pihak kami menerima kiriman emel dari salah seorang anak muda dari kawasan itu bersama sekeping gambar ‘pedas’ yang dipercayai ditujukan kepada Kerajaan PAS pimpinan Datuk Seri Azizan Razak itu.

Menurut Ahmad Khuzairi Mohamad, 24, dari Kampung Bokbak, dia terpandang sepanduk yang bertulis “STOP BALAK! Kami cemuh dah mandi ‘A’ keroh…” di satu simpang di kawasan pelancongan Air Panas di Ulu Legong, di sini.

Tulisan di dalam bahasa daerah Baling itu bermaksud “Hentikan aktiviti pembalakan! Kami sudah bosan mandi air keruh..”.

kedahan 7

Lori Balak Lantikan Kerajaan PAS Kedah Punca Kemalangan Di Kampung Bokbak

BALING – Aktiviti lori mengangkut balak yang dari Hutan Simpan Gunung Inas di Mukim Kupang di sini mengakibatkan kerosakan teruk jalanraya yang menghubungkan Kampung Bokbak dengan Kampung Kuang dan Kampung Tiak.

Menurut aduan para penduduk Bokbak, Abdul Wahab Abdul Rahman, jalanraya tersebut merupaka jalan utama kepada para penduduk kampung, khususnya para pelajar yang berulang alik ke sekolah di Kampung Kuang.

“Masalahnya jadi lagu ni la jalanrayanya…lori balak dok keluar masuk..keluar masuk..dekat sini rosak satu, kat atas tu ada satu lagi tempat rosak.

“Ada satu budak accident..masuk lopak..lubang dia dalam..rosak teruk.. Semua lori balak mai kot ni. Dah banyak kali dah jalan ni depa (Kerajaan Persekutuan) repair, tapi selagi aktiviti balak tu tak berhenti, jalanraya tu rosak pulak lepas tu..,” katanya ketika ditemui petang semalam.

air keruh kedahan

Pencemaran Air Lata Chelak, Baling: Penduduk Kampung Cabar MB Turun Lihat Sendiri

BALING – Para penduduk kampung di sekitar kawasan Hutan Simpan Gunung Inas meradang terhadap kegiatan balak yang tidak dipantau sewajarnya sehingga mencemarkan sumber bekalan air bersih untuk kegunaan harian mereka di sini.

Malah mereka mencabar agar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, dan Exco Kerajaan PAS Negeri untuk turun padang melihat sendiri penderitaan rakyat di situ hasil pemerintahan “Kedah Sejahtera”nya.

Menurut mereka, sumber air yang digunakan untuk memasak, minuman, membasuh pakaian dan lain-lain kegiatan harian mula tercemar sejak aktiviti pembalakan dilakukan di kawasan tersebut pada tahun lalu.

Salah seorang wakil penduduk Kampung Iboi, Abdul Razak Che Ahmad, 51, air sungai di Lata Chelak yang menjadi sumber utama bekalan air di lima buah kampung di situ bertukar keruh dan tiada sebarang usaha dari pihak Kerajaan PAS Negeri Kedah untuk mengatasi masalah tersebut.

kedahan a1

Kerajaan PAS Kedah Menipu Gambar Air Terjun Lata Celak?

BALING – Gambar di atas merupakan gambar promosi Lata Celak yang dicanangkan di seluruh Baling sebagai tarikan utama industri pelancongan tempatan yang menunjukkan keadaan asal alam semula jadi yang masih “dara”.

Gambar tersebut dirakamkan oleh Kedahan69ers.com ketika berkunjung ke daerah Baling baru-baru ini.

Jelas tertera di papantanda milik Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah (UPENK), sebuah agensi di bawah Kerajaan PAS Negeri Kedah, dengan kerjasama dari Majlis Daerah Baling (MDB).

Namun untuk para pelancong yang baru tiba di Baling, keindahan dan kejernihan air terjun di Lata Celak mungkin menambat serta menarik hati mereka untuk berkunjung ke kawasan hutan simpan yang terletak dilereng Gunung Inas itu.