Tag Archives: jawatankuasa pemandu

Pulak Dah! Jawatankuasa Pemandu Takdak Kuasa Pulak!

Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan oleh PAS Pusat sebenarnya tidak mempunyai sebarang kuasa mengatasi kuasa Menteri Besar dan Exco. Sebaliknya Jawatankuasa Pemandu hanya ditugasksan untuk menasihati Menteri Besar dan barisan Exco dalam membuat keputusan.

Menariknya, fungsi Jawatankuasa Pemandu PAS Pusat yang baru ditubuhkan, tersangat mirip dengan idea kedatangan Residen-Residen Inggeris ke Tanah Melayu. Konsep Jawatankuasa Pemandu PAS samalah seperti Residen Inggeris yang menasihati Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu dalam semua bidang kecuali hal-hal yang berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Dan walaupun secara dasarnya negeri-negeri Melayu tidak ditakluk oleh Inggeris, tetapi hakikatnya kesemua negeri-negeri Melayu dijajah menerusi sistem Residen atau tukang penasihat Inggeris sehinggalah pada tahun 1957 apabila UMNO-MCA-MIC berjaya merundingkan dan merealisasikan kemerdekaan negara.