Tag Archives: Kalimah Allah

gambar-bakar-injil-bible-malaysia-bible-burning-in-malaysia

Bila Ibrahim Ali Seru Supaya Bible Ada KALIMAH ALLAH Dibakar…

Rupa-rupanya pecacai Pakatan Rakyat jenis yang boleh memberikan reaksi. Bagaimanapun, reaksi mereka hanya membabitkan kepentingan kaum bukan Islam. Apabila menyentuh tentang Islam dan umatnya di Malaysia, mereka biasanya menutup mulut, memekakkan telinga dan menghijabkan hati masing-masing. Malah mereka tercari-cari pula alasan untuk membenarkan penghinaan serta perlecehan terhadap umat Islam atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam.

Polemik dan kontroversi KALIMAH ALLAH yang dicetuskan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam perutusan sempena Hari Natal dan Tahun Baru, beberapa minggu lepas, telah dijadikan oleh pecacai Pakatan Rakyat untuk menutup beberapa skandal yang memalukan termasuklah pembalakan rakus, penyelewengan tanah serta pemindahan milik tanah oleh PAS Kelantan kepada dua orang pemimpin tertinggi DAP Perak.

Isu-Kalimah-Allah-Dan-Bible

Jom Tengok Macammana PAS Kona Baring Sampai Cecah Telinga Dalam Isu KALIMAH ALLAH

Kalau kita perhatikan, sekarang ini para pecacai PAS sedang sibuk memutarbelitkan kenyataan tentang KALIMAH ALLAH yang tak beberapa hari lepas, mereka amat menyokong penggunaannya di dalam Bible berbahasa Melayu sepertimana yang dituntut oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP menerusi perutusan Tahun Baru. Mereka cuba membuatkan rakyat Malaysia melupakan tentang kerenah dan tindak-tanduk mereka yang menjalang sebelum ini dan percaya bahawa semua itu hanyalah 'HELAH POLITIK' semata-mata. 

Keputusan Dewan Syura PAS untuk mengeluarkan kenyataan mengharamkan mana-mana pihak bukan Islam daripada menggunakan KALIMAH ALLAH untuk kitab-kitab agama mereka sebenarnya turut disertai dengan kontroversi ekoran ancaman keluar parti daripada beberapa orang Ahli Majlis Syura PAS sekiranya keputusan yang dizahirkan itu tidak dilakukan. 

Para pecacai PAS sedang sibuk sekarang ini untuk 'membetulkan' sesuatu yang merugikan mereka. 

kenyataan rasmi majlis syura pas

Isu KALIMAH ALLAH: Akhirnya PAS Akur, UMNO Betul

kalimah1

Setelah puas melenting untuk memalukan UMNO dalam isu KALIMAH ALLAH, akhirnya Dewan Syura PAS memutuskan bahawa penggunaan KALIMAH ALLAH hanya layak bagi umat Islam sahaja memandangkan tiada sebarang terjemahan bahasa yang tepat bagi menerangkan maksud kalimah ALLAH sepertimana yang diimani oleh umat Islam. 

Sedangkan dari awal lagi, UMNO cukup istiqomah dalam memperjuangkan hak KALIMAH ALLAH sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Sebelum Dewan Syura PAS yang bermesyuarat dua hari lepas membuat keputusan berkenaan, para pemimpin PAS termasuklah Presidennya, Abdul Hadi Awang menyatakan PAS bersetuju dengan desakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar KALIMAH ALLAH dibenarguna dalam Bible berbahasa Melayu di Semenanjung. Para pemimpin PAS, terutama sekali dari kumpulan PARASIT dan IBLIS, menyokong kuat persetujuan Abdul Hadi Awang itu dengan hujah-hujah mereka yang lebih kepada akal dan logik berbanding merujuk kepada nas dan dalil.

1327813262-picsay

Bimbang Dimarahi DAP, Hadi Arah Pemimpin PAS TUTUP MULUT Berhubung Isu Kalimah ALLAH

Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang didakwa mengarahkan pemimpin kanan parti itu supaya 'menutup mulut' berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu.

Arahan itu dikatakan dikeluarkan pada mesyuarat Dewan Harian Pas Pusat di sini malam kelmarin, dipercayai untuk meredakan ketidaksepakatan pemimpin Pas berhubung isu berkenaan.

Difahamkan, arahan itu ada kaitan kenyataan bercanggah Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dengan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Rawa.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar pada sidang media berasingan di Ibu Pejabat Pas, disini semalam, turut keberatan mengulas kenyataan Harun bahawa penggunaan kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam.

nopic

Nasharuddin Mat Isa Belasah Guan Eng, Adakah Mat Sabu Akan Belasah Dia Balik?

74971_408914129185692_2063248012_n

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng cuba menimbulkan polemik bagi mengurangkan tekanan terhadap DAP yang sedang berhadapan dengan pelbagai pendedahan skandal penyelewengan serta salahguna kuasa yang begitu menjadi-jadi mutakhir ini. Guan Eng memilih kalimah ALLAH yang pernah menimbulkan kontroversi untuk melindungi perkara sebenar yang menyusahkan hatinya terutama sekali yang membabitkan penjualan tanah di Pulau Pinang kepada syarikat kroni selain pemilikan tanah oleh dua orang pemimpin DAP Perak di Kelantan yang dibuat menerusi transaksi yang serba meragukan.

Beberapa hari lepas, Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengeluarkan kenyataan, menolak desakan Lim Guan Eng agar kalimah ALLAH dibenar guna dalam Bible berbahasa Melayu yang diedarkan di seluruh Malaysia, walaupun sebelum ini kerajaan telah membenarkan penggunaan kalimah tersebut di dalam Bible berbahasa Melayu di Sabah dan Sarawak. 

Sabah dan Sarawak merupakan negeri-negeri utama anutan Kristian oleh kaum Bumiputera yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai lingua franca.