Tag Archives: madrasah salihiah

nopic

Akhirnya Runtuh Juga Madrasah Salihiah Kanchut Di Tangan PAS

madrasah runtuh2

Madrasah Salihiah Kanchut yang sebelum ini telah mendedahkan tentang perilaku penyelewengan serta keserakahan para pemimpin PAS yang tidak sahaja merampas, bahkan melupuskan semua hartanah milik orang Islam di Bandaraya Alor Star, akhirnya kecundang dimamah jentolak. Madrasah yang telah berusia lebih seratus tahun dan telah memberikan khidmat selain tempat menabur ilmu kepada anak bangsa, akhirnya rebah akibat kerakusan para pemimpin PAS Kedah yang lebih menyebelahi pemaju dari Singapura demi satu kebanggaan baru mereka iaitu AMAN CENTRAL. 

Semalam secara rasminya, Madrasah Salihiah Kanchut sudah tidak ada lagi. Madrasah itu juga hanya tinggal nama walaupun dikatakan telah berpindah sementara ke Dewan JKKKP, Kampong Jalan Lumpur, Alor Star. 

Tiada lagi bangunan yang menjadi mercutanda pengembangan ilmu agama menerusi sistem pengajian madrasah di tengah-tengah Alor Star. Kegemilangan Madrasah Salihiah hanya tinggal kenangan, terutama di kalangan mereka yang pernah menimba ilmu pengetahuan di situ. 

Madrasah Salihiah - Konon selesai

Amiruddin Hamzah Perlu Jawab, Mana Tanah Yang Dijanjikan Untuk Ganti Tapak Madrasah Salihiah

Ketika memujuk badan pengurusan Madrasah Salihiah agar tidak menentang niat Kerajaan PAS Kedah merampas tapak madrasah tersebut di Kanchut, janji yang diberikan ialah, tanah gantian yang sama nilai dengan tapak madrasah tersebut akan diberikan.Orang yang membuat janji adalah Amiruddin Hamzah.

Dan berdasarkan kepada janji mulut itulah, Mufti Negeri Kedah mengeluarkan fatwa membatalkan fatwa pertama dan menghalalkan pengambilan tanah wakaf khas tersebut untuk tujuan pembinaan Aman Sentral oleh pemaju Cina Singapura yang menggunakan proksinya, isterinya sendiri yang merupakan warga Indonesia.

Kes saman Kerajaan Negeri Kedah oleh Jawatankuasa Badan Bertindak Madrasah Salihiah telah diselesaikan di luar mahkamah. Kesempatan itu digunakan oleh salah seorang pemimpin PAS Kedah yang juga merupakan Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar untuk menghina Jawatankuasa Badan Bertindak Madrasah Salihiah yang telah berusaha mempertahankan tanah wakaf yang merupakan antara tanah wakaf paling berharga di Alor Setar daripada dicemari oleh kelancangan serta keserakahan pemimpin politik yang mencari untung dengan jalan mudah.

madrasah

Ahli Parlimen Jerai Kata, Penyelesaian Luar Mahkamah Bukti AJK Madrasah Salihiah Gila Duit!

Betullah macam yang dikatakan orang… jangan pandang dari luaran, kerana mata kerapkali menipu kita. Jangan dilihat pada kopiah dan janggut sejemput dan jangan juga mudah percaya dengan ceramah yang kelihatan seperti ceramah agama, sebaliknya perlu berhati-hati kerana besar kemungkinan mereka adalah penfitnah yang terulung. 

Itulah yang dibuktikan oleh Ahli Parlimen Jerai dari PAS, Mohd Firdaus Jaafar.

Kemelut Madrasah Salihiah merupakan duri dalam daging kepada umat Islam yang tahu hukum-hukum agama dan peri pentingnya menjaga amanah. Sewaktu UMNO-BN mentadbir Kedah, isu-isu seperti Madrasah Salihiah ditangani dengan penuh hati-hati. Bagaimanapun, sebaik-baik sahaja PAS memerintah Kedah, kelompok manusia yang berkepiah putih itu beranggapan, ilmu agama pada mereka, tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun. Lantas, mereka bertindak sewenang-wenangnya, sehinggakan TANAH WAKAF KHAS yang menjadi tapak madrasah tersebut, telah dijual kepada sebuah syarikat kontraktor dari Singapura.

Apabila terdedah bahawa status tanah tapak madrasah tersebut adalah WAKAF KHAS, PAS Kedah telah melakukan sesuatu yang tidak akan dilakukan oleh mana-mana orang Islam sekalipun. Mereka mengubah status tanah tersebut untuk menghalalkan penjualan serta penyerahan kepada syarikat asing.

Tindakan AJK Madrasah Salihiah membawa ke pengadilan menambahkan lagi parah PAS Kedah. Seandainya PAS Kedah tidak menangani isu tersebut sebaik-baiknya, PAS bukan sahaja akan terjejas di Kedah, sebaliknya di seluruh Malaysia memandangkan parti tersebut cukup terkenal dengan penyelewengan dan penyonglapan sepertimana yang dilakukan dalam kes wang derma Tabung Memali.

Madrasah Salihiah Bakal Dirobohkan, Lagi Laporan Polis Dan Sidang Media

Badan Bertindak Madrasah Salihiah telah membuat sidang media dan laporan polis hari ini. Sidang media telah diadakan di pekarangan IPD Kota Setar. Turut hadir adalah empat orang waris tanah wakaf dan Badan Bertindak.

Antara yang hadir adalah Pengerusi Badan Bertindak Madrasah Salihiah, Mansor bin Ahmad, waris tanah wakaf, Fidel Firaidi Mustafa, Pengerusi PEKIDA Kota Setar dan Murshid Ariffin yang turut menjadi AJK Madrasah.

Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah telah membuat tiga laporan polis setelah tidak berpuas hati dengan kenyataan Menteri Besar Kedah dalam Utusan Malaysia dan Sinar Harian yang berkeras hendak merobohkan Madrasah Salihiah, Kanchut walaupun masih ada injuksi di mahkamah. 

Kenyataan keras Menteri Besar Kedah dilihat sebagai satu ugutan dan mereka sangat kecewa dengan kenyataan tersebut. Malah ianya juga bersifat provokasi yang membuktikan keegoan mengatasi KEBAJIKAN sepertimana yang kerap dilaung-laungkan.