Tag Archives: memorial park sungai kob

Dosa Kadir Syeikh Fadzir Terlalu Besar Di Kulim-Bandar Baru

Kadir Syeikh Fadzir telah berjaya membina legasi tersendiri di Kulim-Bandar Baru selepas berpuluh-puluh tahun dia menjadi Ahli Parlimen di daerah itu. Walau bagaimanapun, keadaan di Kulim-Bandar Baru tidak setanding seperti daerah jirannya, Sungai Petani sungguhpun Kulim juga terletak tidak jauh dari Butterworth dan Pulau Pinang, akses perdagangan antarabangsa menerusi lapangan terbang dan dermaga pelabuhan.

Kini, Kulim-Bandar Baru 'dijaga' oleh adik Kadir.

Walaupun Kulim sebenarnya sangat berpotensi sebagai destinasi pelaburan berikutan kewujudan Kulim Hi-Tech Park, namun selepas UMNO-BN kalah di Kedah, taman teknologi tersebut bagaikan hidup segan mati tak mahu. Banyak pelabur terpaksa membawa pelaburan masing-masing yang jumlahnya berbilion-bilion ringgit ke Senai Hi-Tech Park yang baru ditubuhkan.

Ramai penyokong Kadir yang menyatakan kononnya kewujudan Kulim Hi-Tech Park itu sebenarnya adalah jasa terbesar Kadir di Kulim-Bandar Baru. Walaupun mungkin ada kebenarannya, tetapi berdasarkan beberapa faktor, sebenarnya Kulim patut jauh lebih maju berbanding sekarang, malah sepatutnya telah lama maju dan tidak hanya memiliki Kulim Hi-Tech Park semata-mata.

Lagi Jentolak Dibakar Kerana Memorial Park!

Satu lagi kes pembakaran jentolak berlaku di Prestavage Memorial Park, Sg. Kob, Kulim. Kejadian tersebut telah dibuat laporan polis oleh Ng Beng Huat yang bernombor kad pengenalan 680816-02-5043 yang bertugas sebagai Pengurus Prestavage Memorial Park dengan No. RPT 533/12 bertarikh 7 Mac 2012.

Laporan polis kedua turut dibuat oleh pihak yang terbabit dengan Memorial Park berkenaan. Laporan polis telah dibuat di IPD Kulim dengan No. RPT 535/12 oleh Tan Hung Seng dengan nombor kad pengenalan 610123-08-5023. Tan Hung Seng membuat laporan polis bagi pihak Han Seng Construction.

Kejadian membakar jentolak kali pertama dilakukan pada 15 Februari lalu di tempat yang sama. Pada 15 Februari, sebuah jentolak telah dibakar secara sengaja sehingga ‘total lose’. Laporan polis turut dibuat oleh Prestavage Memorial Park, Sungai Kob.