Tag Archives: nasharuddin mat isa
Nasharuddin Mat Isa Tidak Akan Bagi Penjelasan Kepada Kepimpinan PAS Berhubung Lawatannya ke Gaza Bersama Najib
Setelah teruk dikecam oleh beberapa orang pemimpin PAS yang berkiblatkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, selain penyokong dan pecacai mereka, akhirnya bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa membuka mulut. Bagaimanapun, kenyataan yang keluar dari mulut Nasharuddin Mat Isa, mungkin kurang disenangi oleh para pecacai Pakatan Rakyat, memandangkan Nasharuddin langsung tidak menafikan atau mengiakan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
Dalam kenyataanya, Nasharuddin Mat Isa berkata, lawatannya ke Gaza dalam rombongan Perdana Menteri, tidak ada kena-mengena dengan politik sebaliknya sebagai menunjukkan keprihatinan kepada umat Islam yang sedang ditindas di Palestin.
Beranikah Hadi Awang Siapkan Bala Tentera PAS Ke Palestin?
Kalau sembang pasal Islam, puak-puak PAS adalah yang paling lebih ke depan dan lebih laju mendabik dada, merekalah yang paling Islam. Laju mereka ini kadangkala terlebih lajak sehinggakan akhirnya membodohkan diri sendiri. Semua isu yang dibangkitkan oleh PAS, akhirnya ternyata membuktikan satu sahaja perkara, PAS tidaklah begitu cerdik apatah lagi setelah mereka bergabung dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Paling menyedihkan ialah apabila para pecacai PAS yang berkiblatkan Anwar Ibrahim dan Guan Eng, berusaha mematikan terus kerjaya beberapa pemimpin PAS yang dianggap terlalu berpihak kepada PERPADUAN dengan UMNO seperti Nasharuddin Mat Isa. Sebarang berita yang bersangkutan dengan Nasharuddin Mat Isa yang juga merupakan salah seorang anggota dalam barisan Dewan Syura Ulama PAS, pasti akan diberikan tanggapan negatif oleh para pecacai PAS.
Nasharuddin Mat Isa Bersama-sama Najib Abdul Razak Ke Gaza
Salah seorang anggota dari sebelah orang Majlis Syura PAS, dan juga merupakan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dilaporkan bersama-sama dalam rombongan Perdana Menteri Malaysia ke Gaza yang diterajui oleh Kelab Putera 1Malaysia yang dipresidenkan oleh Ketua UMNO Bahagian Baling, Azeez Abdul Rahim. Turut sama dalam rombongan tersebut adalah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin.
Mengamuk lagilah para pecacai Pakatan Rakyat yang memakai pakaian PAS apabila mendapat tahu tentang berita ini. Pada musim Haji lepas, para pecacai Pakatan Rakyat mendesak agar Nasharuddin Mat Isa dilucutkan keahliannya daripada PAS dan keahliannya dalam Majlis Syura Ulama PAS apabila gambarnya bersama-sama Perdana Menteri Malaysia di dalam sebuah khemah disiarkan secara meluas oleh media-media di Malaysia.
Bagaimanapun, Presiden PAS dan Setiausaha Agung PAS mempertahankan Nasharuddin Mat Isa. Begitu juga dengan Dewan Ulama PAS yang merupakan salah satu entiti yang sangat berkuasa dalam PAS biarpun pada masa yang sama, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz cuba mempengaruhi pemimpin-pemimpin utama PAS itu agar bersetuju untuk menghalau Nasharuddin Mat Isa keluar dari parti tersebut sepertimana yang telah dilakukan terhadap bekas Naib Presiden dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali.



