Tag Archives: nasional
Dari Mana Pakatan Haram Dapat Sumber Untuk PRU?
Menjelang Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 ini, penulis melihat Pakatan Haram semakin galak menganjurkan pelbagai jamuan, majlis amal dan high-tea bersama para kepimpinan pembangkang, kononnya bertujuan untuk mengumpul dana pilihanraya.
Dari meja berharga RM500 hinggalah kepada meja eksklusif yang berharga RM10,000 semeja yang dimana pembelinya “digula-gulakan” dengan janji makan semeja dengan pemimpin tertinggi mereka seperti Anwar Ibrahim, Nik Aziz atau Lim Kit Siang.
Janji Ditepati: Pembangkang Tolak Ajaran Rasulullah SAW?
Agak menarik melihat kebodohan sesetengah individu yang menyerang tema hari kemerdekaan negara yang ke-55, Janji Ditepati, yang dikatakan tidak sesuai dan tidak relevan untuk digunakan pada sambutan tahun ini.
Sebenarnya, penulis gelihati melihat telatah puak-puak Pakatan Haram yang seolah-olah “meroyan” mendengar tema hari kebangsaan itu. Kononnya, ia berbau politik BN!
Mari kita kupas satu persatu fakta dan hujah mengenai tema yang dibenci Pakatan Haram itu. Mulanya, kita rujuk dulu kepada Islam sebagai rujukan pertama.
Penulis ingin bertanya kepada semua umat Islam di negara ini, pernahkah kalian mendengar atau mempelajari sepotong hadis Rasulullah SAW berkenaan ciri-ciri yang dikatakan dimiliki oleh golongan munafik?
PKNK Dapat Bonus 2 Bulan, KCS Baru Nak Minta, Kakitangan KUIN?
Kecoh baru-baru ini tentang Kerajaan PAS Negeri Kedah yang memberikan bonus sebanyak 2 bulan gaji kepada para kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Rata-rata kakitangan anak syarikat negeri Kedah itu bersyukur atas limpahan rezeki tersebut.
Dikhabarkan juga mengenai keuntungan yang diperoleh dari hasil sumber alam negeri ini, khususnya sektor pembalakan yang mengambil kesempatan di atas projek Ladang Sejahtera untuk ditarah secukup-cukupnya.
Ekoran keuntungan yang dikatakan meningkat itu, sumber dalaman kami menyatakan bahawa anggota Kedah Civil Servants (KCS) telah mendesak agar Kerajaan PAS Negeri Kedah memberikan jumlah bonus yang serupa kepada mereka.
Ini adalah memandangkan bahawa sumbangan khidmat yang diberikan oleh KCS kepada sumber pendapatan itu begitu lumayan meskipun terpaksa mengorbankan puluhan ribu hektar hasil balak, bijih besi dan sebagainya.
Ditipu Skim Pembalakan Papua New Guinea, Phahrolrazi Bangkitkan Dalam Tahkim Di Mentalon
Sedang Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar menafikan bahawa PAS Negeri Kedah sedang meruncing menghadapi masalah dalaman, sumber kami memberitahu bahawa juak-juak penyokong Phahrolrazi Zawawi sedang melakukan onar terhadap Azizan Razak.
Kecoh di kalangan para penyokong PAS di Kedah mengenai desas-desus yang mengaitkan kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri Kedah sebanyak lebih RM200,000 berhubung satu pelaburan di Papua New Guinea.
Kononnya, dengan kuasa yang dimiliki Menteri Besar, Azizan telah membuat satu pelaburan di negara tersebut berkenaan satu projek konsesi balak yang dikatakan bakal membawa masuk keuntungan lumayan kepada Kerajaan Negeri.
Malangnya, projek yang dijangka mampu menyuntik sumber pendapatan kepada Kerajaan PAS Negeri Kedah itu telah gagal ekoran segala hal berkaitan projek balak berkenaan adalah palsu.
Konspirasi “Komunis” Cuba Menggulingkan Azizan Razak Di Kedah?
Cerita mengenai “komunis masuk ke Pendang” bukanlah satu cerita asing bagi para penduduk di daerah Pendang apabila heboh diperkatakan bahawa Timbalan Presiden PAS melobi sakan untuk bertanding di Parlimen itu pada PRU ke-13 nanti.
Dengan menjangkakan pengunduran Taulan Rasul dari DUN Tokai, penyandang Ahli Parlimen Pendang sekaran iaitu Dr. Hayati dikatakan bakal “diturunkan pangkat” untuk bertanding di DUN tersebut.
Dengan kekosongan yang ditinggalka Dr. Hayati itulah maka sumber dalaman PAS memberitahu bahawa Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, sangat berminat untuk kembali ke arena politik Kedah untuk menjatuhkan kepimpinan Ustaz Azizan Razak di negeri Jelapang Padi ini.
Sebagaimana maklum, dengan pengunduran “Tok Guru” Hj Rahim dari PAS Pendang bersama 14 lagi AJK PAS Pendang sebelum ini telah menamatkan “riwayat” dan pengaruh golongan pro-ulama PAS di kawasan itu.
Penyokong PAS Tak Perlu Risau Siapa Bakal MB Kedah…
Marah benar para penyokong PAS terhadap keputusan kajian yang dijalankan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) sehingga blogger-blogger pro-Pakatan itu memperlekehkan kreadibiliti kajian yang telah mengambil tempoh sebulan hingga dua bulan itu.
Kajian UUM baru-baru ini menunjukkan bahawa UMNO/BN mampu merampas Kedah kembali dari Pakatan, lebih tepatnya PAS Kedah, ekoran KPI Kerajaan PAS Negeri Kedah yang langsung tidak tahu buat kerja selain dari merompak hasil bumi di negeri Jelapang Padi ini.
Justeru marah dengan keputusan kajian yang memihak kepada UMNO/BN tersebut, maka blogger-blogger Pakatan melatah mempersoalkan cara dan modus operandi penyelidikan yang dijalankan oleh UUM.
Mereka mengatakan bahawa kajian seperti itu memerlukan “pilot study” dan “arm-desk research” bagi menyokong kajian yang dijalankan.
Bila Pengkhianat Bangsa Upahan DAP Bersuara
Nampaknya bakal calon DAP berbangsa Melayu, Aspan Alias sudah mula menunjukkan belangnya dengan menuduh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang memulakan strategi mencantas pemimpin pelapis di dalam UMNO.
Sebagaimana maklum, Aspan merupakan bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia yang kecewa tidak terpilih sebagai calon pada PRU ke-13 meskipun dia puas membodek kepimpinan BN ketika itu.
Mungkin menyedari penyamaran “musang berbulu ayam”nya dapat dihidu oleh para pemimpin UMNO, khususnya Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak, maka dia fikir bahawa dia tiada harapan untuk dipilih sebagai calon PRU ke-13.
Lagipun, dia sedar bahawa dia jauh sekali layak sebagai “winnable candidate”.
Premis Dan Aktiviti Judi: Nik Aziz Haramkan Sejak 1990, Azizan Bila Lagi?
Salah sebuah kedai judi di Alor Star
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat atas keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak saman dari beberapa rakyat bukan Islam negeri itu yang menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi.
Sememangnya tuntutan itu dibuat oleh golongan Cina yang bukan Islam bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan judi berlesen seperti nombor ekor dan sebagainya di negeri pimpinan Mursyidul Am PAS itu.
Namun, atas slogan “membangun bersama Islam”, pihak kerajaan negeri tidak membenarkan premis perjudian atau sebarang bentuk aktiviti judi berlaku di Kelantan.
Bagaimanapun, larangan itu juga telah dikatakan menafikan hak golongan bukan Islam, terutamanya kaum Cina yang terkenal dengan budaya berjudi, sehingga ada di antara mereka yang dikatakan membuka pusat perjudian haram secara tersembunyi di negeri itu.
Azizan Tak Berani Tunjuk Muka Depan Kakitangan KUIN?
Sebelum ini sudah berkali-kali Kedahan69ers.com mendedahkan rintihan dan aduan para kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang menyatakan tentang kebajikan mereka yang tidak dipedulikan oleh pihak pengurusan kolej universiti itu.
Namun pihak pentadbiran negeri, khususnya Pengerusi KUIN merangkap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak memandang “sepi” rintihan tersebut, seolah-olah ia adalah satu laporan palsu dan fitnah.
Malah, beberapa komen pembaca yang dipercayai para penyokong PAS Kedah mengecam laporan-laporan Kedahan69ers.com itu dan yakin ia ditulis bagi memburuk-burukkan pengurusan KUIN serta kepimpinan Azizan Razak.
Nah! Sehingga kini, sudah dua memorandum yang diserahkan oleh kakitangan KUIN kepada pihak Azizan Razak.
Antara Padang Kulim Hi-Tech Dengan Padang Stadium Darulaman, Mana Yang Lebih Mahal?
Baru-baru ini Majlis Perbandaran Gua Musang di Kelantan mengeluh kepada lidah rasmi PAS, Harakahdaily mengenai kerugian yang terpaksa ditanggung pihak majlis ekoran padang yang digunakan untuk program Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak , telah rosak.
Menurut Ahli Majlisnya yang dipercayai seorang pemimpin PAS, Amran Abdullah, program tersebut dianjurkan oleh Kesedar dan Kementerian Penerangan Malaysia, yang telah diluluskan oleh Majlis Daerah tersebut.
Katanya, kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Majlis Daerah Gua Musang itu ialah sebanyak RM200,000 melalui kerja-kerja baik pulih padang itu dan tuntutan telah pun dibuat kepada para penganjur program tersebut.
Itu kisah di Kelantan dan dipercayai Kesedar mampu membayar kerugian tersebut meskipun dipercayai kos untuk membaik pulih padang itu tidaklah sebanyak yang dituntut.
Naik Bendera Parti: Kalau UMNO Salah Di Putrajaya, PAS Tak Salah Diseluruh Kedah?
Gambar di atas tidak mungkin akan berani dimuatkan di laman lidah rasmi PAS, Harakahdaily. Insyaallah, anda takkan jumpa sebarang berita yang menunjukkan salah, silap atau dosa PAS di lama tersebut sehingga kiamat tiba.
Tapi, kalau berita-berita yang memburuk-burukkan saudara seagamanya, menfitnah saudara seIslamnya dan menyebarkan berita-berita bohong dan berat sebelah, memang berlambak di Harakah.
Termasuklah semalam apabila editor media utama PAS itu memaparkan sekeping gambar di Putrajaya yang kononnya menunjukkan Perbadanan Putrajaya “takut” pada bendera UMNO dan tidak bertindak menurunkan bendera tersebut segera.
Isunya, bendera parti tidak boleh dinaikkan sebelum Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan kempen pilihanraya bermula. Ia melanggar undang-undang jika mana-mana parti berdegil dan menaikkan bendera diluar waktu PRU.
Bila Chua Jui Meng Berbicara Soal Hudud…
Baru-baru ini, Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng menyampaikan ceramah politik di Kuala Krai, Kelantan. Di dalam ceramahnya itu, dia menyentuh soal hudud di depan beberapa pemimpin PAS yang hadir di majlis ceramah tersebut.
Chua Jui Meng berhujah, sekiranya hudud dilaksanakan, maka UMNO adalah antara pihak pertama yang akan dikenakan hukum berkenaan kerana “mencuri” hak royalti 5 peratus minyak untuk negeri Kelantan.
“Kalau ramai pemimpin Umno hilang tangan nanti ia sudah tidak pelik lagi kerana kesalahan mencuri duit royalti rakyat Kelantan,” katanya di depan pak-pak lebai PAS yang ‘melangut” kepala mengangguk tentang apa yang diperkatakan kafir itu…
Beginilah. Biar saya jawab dulu persoalan mengenai “royalti minyak di Kelantan” yang kononnya patut diterima oleh kerajaan negeri itu.







