Tag Archives: nik aziz
Nik Aziz Tuduh Penerima BR1M Binatang Kerana Nik Aziz Mahu Agihkan BR1M Rupanya
Auta yang Nik Aziz cuba berikan kepada rakyat bakal memakan dirinya sendiri. KONONnya PAS memberi 'ILMU' kepada rakyat. Ilmu apa yang PAS taburkan? Ilmu kafir mengkafir sesama Islam namun menganggap DAP laknatullah saudara dunia akhirat? Ilmu bahawa dengan sembahyang istikharah DOSA ZINA telah Allah ampunkan? Ilmu AMANAT HADI yang telah memecah belahkan ummah sehingga mendatangkan kerosakkan yang tak mungkin dapat diperbetulkan? Ilmu taik kucing PAS yang mengatakan bahawa undi PAS janji masuk syurga PAS yang ternyata jauh berbeza dari syurga Allah s.w.t.

Nikl Aziz Nik Mat telah mempertahankan kenyataan berkenaan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang dikategorikan sebagai memberi makanan kepada haiwan, tidak sebagaimana Pas yang memberi ilmu kepada rakyat. Kononnya Pas lebih gemar menggunakan pendekatan ilmu dalam mengajak orang ramai berkumpul, sebaliknya Umno didakwa menggunakan pendekatan mengagihkan wang untuk menarik perhatian rakyat.
“Macam saya kata, kalau kita nak panggil ayam, panggil itik, ‘Hei itik, mari aku nak bagi ceramah agama… mana itik nak mari (datang). Tapi kena beri hampas kelapa, beri padi..ia akan datang. Bagi benda..’Hei lembu kerbau, aku nak bagi ceramah.. ia tidak akan datang, tetapi bila bagi rumput atau hampas, bagi nasi… ia akan datang.
“Kalau kita nak panggil orang bagi benda tetapi tidak beri ilmu, ertinya kita letak orang sama taraf dengan haiwan,” katanya kepada media selepas Majlis Perhimpunan Guru-guru guru Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Hakikat bahawa PAS tidak pernah memberi wang tetapi hanya wang rasuah dalam pilihanraya telah kita bongkarkan. Tapi Nik Aziz masih mahu berdolak dalih dan memutarberlitkan cerita KONONnya beliau seperti Nabi Muhammad s.a.w.. Beliau berkata, sejak Pas memerintah Kelantan 1990, pihaknya tidak pernah memberikan wang memandangkan memang Kerajaan Negeri tiada wang, sebaliknya Pas meniru kepimpinan zaman Nabi Muhammad SAW semasa rakyat Makkah menolak
Baginda yang kemudian lari ke Madinah.
“Nabi Muhammad SAW beri apa kepada orang Madinah? Berapa banyak duit diberi kepada orang Madinah?… Tetapi orang Madinah terima Nabi sebagai ketua negara. Nak panggil presiden ke panglima perang ke kepada Nabi… tetapi Baginda diterima rakyat. Yang diberi hanyalah ilmu.
“Umno sekarang guna duit pula, BR1M1, BR1M2… Umno silap di sini, silap tidak bagi ilmu wayhu. Mana ada ilmu wahyu dalam kebangsaan. Insya-ALLAH rakyat Kelantan juga Malaysia akan berubah fikiran kerana kita sudah bagi ilmu pengetahuan.
Islam bawa benda halal. Hak halal kita kata halal, hak haram kita kata haram,” katanya. Sememangnya duit BR1M adalah halal tidak seperti duit rasuah yang Nik Aziz hulurkan semasa demo bersih jahanam yang menyokong dan mendokong LGBT.
Beliau turut menyatakan, wang BR1M masih hak rakyat, hak kerajaan dan ia bukan wang dari Umno dan sepatutnya sebagai ketua kerajaan Kelantan, beliau turut diberikan BR1M, kemudian beliau agih kepada rakyat. Ha ha ha rupanya terbongkar sudah sebenarnya Nik Aziz kempunan nak hulur duit BR1M kepada rakyat.
“Saya kata, orang bagi duit… terima… tetapi bila mengundi… pangkah Pas, pangkah Pakatan (Pakatan Rakyat). Beri kain… pakai, beri gula… kacau, beri lembu… ambil, tetapi bila bagi kertas undi… pangkah Pas,” katanya.
Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mempedulikan kritikan seluruh rakyat negara ini apabila mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang menyamakan penerima bantuan daripada Kerajaan Pusat umpama `haiwan.'
Beliau yang didesak pelbagai pihak supaya memohon maaf sebaliknya menuduh UMNO yang telah meletakkan taraf rakyat umpama haiwan melalui pemberian pelbagai jenis bantuan wang termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan BR1M 2.0.
Menteri Besar itu dalam nada tegas turut mempertahankan perumpamaan yang diberikannya sebelum ini iaitu sambutan orang ramai terhadap bantuan Kerajaan Pusat sama dengan haiwan yang akan menghampiri manusia sekiranya makanan haiwan itu disediakan.
Nik Aziz sememangnya manusia keparat yang sanggup memutarbelitkan apa sahaja termasuk AlQuran dan Hadis demi memastikan KONONnya segala tindakannya betul belaka walaupun ianya terlalu keji di mata agama bangsa dan agama.
Nik Aziz!! Penerima BR1M Umpama Haiwan, Jelaskan!!
Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta memberi penjelasan tentang kenyataannya dalam sebuah akhbar semalam yang didakwa menganggap penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) umpama haiwan. Kenyataan beliau yang membawa pelbagai maksud dan telah mengelirukan rakyat yang menganggap perkara tersebut sepatutnya tidak dikeluarkan oleh seorang"KONONNYA" alim ulama seperti beliau. Ini antara bukti bahawa Nik Aziz ini merupakan manusia keparat yang berhati busuk dan jahat.
Sebagai seorang pemimpin yang baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah, perkara tersebut tidak sepatutnya keluar dari mulut Nik Aziz. Kenyataan Menteri Besar Kelantan itu yang didakwa menyamakan usaha murni pemberian BR1M sebagai memberi hampas kelapa dan padi kepada ayam dan kambing amat menaikkan kemarahan rakyat Malaysia. Penerima BR1M juga terdiri daripada semua golongan parti dalam negara kita, bukan orang yang mengundi Umno sahaja.
Nik Aziz sepatutnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana membantu meringankan beban dengan pemberian wang tersebut dan bukan hanya bercakap kosong untuk menghangatkan lagi pemberian duit rakyat itu. Jika benar kenyataan Nik Aziz itu menganggap penerima BR1M sebagaimana yang dinyatakan, penyokong Pas sepatutnya memulangkan kembali duit yang diterima supaya mereka tidak tergolong dalam haiwan seperti penerima lain. Semua rakyat dapat, tidak mengira mana-mana parti, jika penyokong Pas anggap apa yang Nik Aziz beritahu itu betul, yang pemberian duit adalah cara jahiliah, maka semua penyokong Pas wajib memulangkan kembali duit tersebut.
Nik Aziz Mencarut!! Penerima BR1M Binatang

Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.
Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.
“Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.
Tupai Gugur Di Kedah Adalah Nik Aziz Sendiri!
Pada ketika Nik Aziz mengeluarkan perutusan khas untuk menempelak ‘musuh’ PAS di Kedah yang disamakannya sebagai TUPAI-TUPAI YANG BERJATUHAN, sudah ada khabar yang mengatakan gerombolan pemimpin utama Pakatan memasuki Kedah beramai-ramai untuk bertemu dengan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak.
Nik Aziz terpaksa mengeluarkan perutusan khas untuk memberitahu para ahli PAS yang mereka di Kedah tidak berpecah dan sama seperti sebelumnya, pemimpin PAS seperti Nik Aziz terpaksa mencipta cerita yang jauh dari kebenaran tetapi menyenangkan hati mereka. Atau sekurang-kurangnya itulah yang diharapkan oleh PAS.
Kemelut kepimpinan PAS sudah masuk minggu yang kedua. Penyelesaian yang kononnya telah menyebabkan musuh-musuh PAS malu kerana PAS di Kedah tidak berpecah sebagaimana yang dihajatkan, dilandaskan kepada perlantikan Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh sebagai Exco.
Para pemimpin tertinggi PAS cuba memberi gambaran kononnya dengan perlantikan semula kedua-dua Exco tersebut, maka segala kemelut telah berakhir.





