Tag Archives: pembalakan

gerakanbalak2

PAS Kedah Perlu Jawab, Mengapa Syarikat Pembalakan Dapat Lebih 113,256,000 Kaki Persegi Kawasan Pembalakan Di Empangan Muda?

Ada pecacai PAS yang cuba mengalihkan perhatian dan cuba menunjukkan bahawa segala pendedahan yang dibuat berhubung pembalakan di Kedah oleh banyak pihak, sebenarnya tidak wujud. Malah lebih tepat lagi dikatakan sebagai satu FITNAH, alasan standard yang seringkali mereka gunakan apabila sudah tersepit dan mereka tidak mempunyai sebarang jawapan untuk persoalan berkenaan.

Bagaimanapun, bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan sehelai daun. Bukan sahaja di kawasan-kawasan yang telah diluluskan, aktiviti pembalakan sedang berjalan dengan rancak sehinggakan pokok sebesar lengan pun ditebang sama, bahkan di kawasan-kawasan yang tidak dibenarkan pun, aktiviti pembalakan lebih giat dijalankan.

nopic

Azizan Masih Pertahankan Tebang Balak Untuk Ladang Rakyat, Bukan Untuk Taukeh Cina DAP

 

1

Kerosakan alam semulajadi di Kedah akibat kerakusan penebangan balak, mendedahkan kelemahan ketara PAS Kedah menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir negeri selepas PRU13. Berbanding mencari jalan lain untuk menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak serta agihan ekonomi yang lebih menyeluruh sepertimana pada zaman UMNO-BN dahulu, PAS Kedah memilih jalan singkat dan lebih mudah tanpa perlu berfikir dan berusaha keras.

Cukup dengan mengarahkan Jabatan Hutan mengeluarkan kelulusan dan sokongan daripada para pembesar negeri, maka hutan pun ditarah semahu-mahunya dengan konsesi diserahkan kepada taukeh-taukeh bermata sepet yang sentiasa tersengih sambil menepuk-nepuk bahu para pemimpin PAS berkenaan yang tidak lekang dengan songkok putih.

raja-balak-azizan1-300x239

Pembalakan Di Pedu, Azizan Dan PAS Kedah Cuba Menipu Terang-Terangan

Tidak kira apa sekalipun yang dilakukan oleh PAS Kedah untuk menutup “bangkai gajah” yang diratahnya, bau busuk dari bangkai tersebut tidak mungkin dapat disembunyikan dari pengetahuan rakyat, khususnya para penduduk di kawasan Pedu dan sekitarnya.

Pada 30 Disember yang lalu, Kerajaan PAS Kedah dengan diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak telah mengadakan sebuah majlis bagi menerangkan tentang projek Ladang Rakyat yang bertempat di “Charok Genting Bunga”.

Hakikatnya, tidak wujud kampung “Charok Genting Bunga” di Pedu dan sebetulnya majlis tersebut diadakan di kampung Charok Batang Padi! Nampaknya PAS Kedah memang “buta” di kawasan jajahan sendiri…

bukit_yang_digondongkan

LADANG RAKYAT PAS Sebenarnya Bermaksud Balak Untuk Dicerahkan!

Alasan yang paling popular untuk menghalalkan perbuatan PAS Kedah menebang tebas dan mencerahkan segala bukit-bukau, gunung-ganang mahupun hutan rimba di seluruh Kedah adalah untuk membuka Ladang Rakyat. Kononnya selain Ladang Rakyat, turut dibuka juga adalah dusun buah-buahan. Ladang Rakyat itu kononnya akan memberikan pendapatan kepada para peserta seperti mana yang FELDA lakukan terhadap para peneroka dan peserta Tanah Rancangan Persekutuan di seluruh Malaysia. 

Benarkah wujud Ladang Rakyat yang diusahakan oleh PAS atau sebenarnya Ladang Rakyat itu adalah penipuan dan tipu perdaya semata-mata? 

dn_06.1

PAS Kedah Bertekad Jadikan Kedah Negeri Berlumpur Pertama Di Malaysia

Utusan Malaysia semalam telah mendedahkan secara terperinci masalah pembalakan di Kedah yang meruncing.  Masalah ini telah lama didedahkan oleh media alternatif iaitu blog-blog dan laman-laman web, tetapi telah tidak diendahkan oleh kerajaan negeri Kedah, mahupun pemimpin-pemimpin PR pusat.   Para penyokong PR pula menganggap pendedahan tersebut sebagai fitnah walaupun ada di antaranya disertakan dengan gambar-gambar sebagai bukti.   

Oleh itu, tidak mengejutkan jika pendedahan besar-besaran oleh Utusan Malaysia yang dilengkapi bukti gambaran dari atas juga, dianggap sebagai fitnah BN untuk memburukkan kerajaan PAS Kedah dan PR secara keseluruhannya. 

Malah, kalaupun ada yang menerimanya sebagai benar, mereka hanya akan menepisnya dengan alasan masalah tersebut dimulakan oleh kerajaan BN iaitu alasan atau jawapan ‘standard’ kerajaan PAS Kedah untuk semua masalah di dalam negeri itu hari ini.