Tag Archives: pergaduhan di sungai petani

sungaipetanidemo1

Berita Pergaduhan Di Sungai Petani MENGARUT, Penduduk Tempatan Demonstrasi!

Walaupun sudah berulang-ulang kali diberitakan bahawa pergaduhan di Sungai Petani itu hanyalah pergaduhan biasa, tetapi ada yang mahukan pergaduhan tersebut berpanjangan sehinggakan ada yang pula yang membuat cerita kononnya, punca pergaduhan itu adalah disebabkan penganut Hindu hendak membakar masjid dan merampas tanah Melayu untuk mendirikan sebuah kuil di Taman Ria Jaya. 

Walhal, cerita-cerita tersebut adalah MENGARUT sama sekali.

Melihat kepada perkembangan semasa yang masih belum surut dengan pelbagai cerita-cerita karut, penduduk tempatan yang sudah bosan dengan gelagat puak-puak yang mahu melihat kesengsaraan penduduk tempatan menerusi kekacauan yang tiada kesudahannya. 

masjid sungai petani3

Gaduh Di Sungai Petani: Masjid Dibakar Penganut Hindu? Kuil Dibakar Orang Islam?… KARUT!!!

Masjid Taman Ria Jaya yang didakwa akan dibakar… elok dan tidak terusik

Kalau cerita-cerita negatif, memang mudah sangat diterima, dipanjangkan dan digembar-gemburkan. Facebook, TWITTER, blog dan portal merupakan medium yang cukup hebat dimanipulasikan untuk kegunaan berkenaan. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mewujudkan satu kawasan kekacauan yang bakal mencetuskan ARAB SPRING versi Malaysia yang melibatkan perkauman. 

Memang jahat niat dan perangai puak-puak nih. Bila diminta oleh semua pihak agar perkara sebenar disebarkan dan penafian tentang kekecohan tersebut dilakukan, mereka segera memusing cerita, kononnya cetusan perkelahian itu adalah disebabkan UMNO dan blogger-blogger UMNO pula yang menyebarkan cerita tersebut. Walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya!

Johari-lagi

Johari Abdul Bergedik Ekor Bila Berlaku Kekecohan di Sungai Petani

Ahli Parlimen Sungai Petani yang pernah berasakan dia adalah jelmaan P.Ramlee, sama ada dari segi perawakan wajah mahupun senyuman, kini muncul lagi. Ahli Parlimen yang telah dimalukan menerusi pendedahan tentang perangai kuat berbohongnya dalam kes video seks Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur China, cuba membuat ulasan yang dilihat boleh membantu PKR di Sungai Petani. 

Umum mengetahui, sama ada daripada saksi penduduk tempatan, mahupun pihak berkuasa, kekecohan tersebut bukanlah pergaduhan kaum sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menerusi pelbagai jenis media. Malah, ia merupakan pergaduhan biasa antara remaja yang turut berlaku di mana-mana tempat di seluruh dunia.