Tag Archives: perobohan kuil
Rashid Din, Ahli Parlimen Merbok Berkeras, Pakatan Rakyat Tidak Perlu Undi India

Untuk menang pilihanraya di Malaysia, sokongan daripada semua pihak tanpa mengira agama, keturunan mahupun bahasa pertuturan amat diperlukan. Malaysia sebenarnya terpaksa mengamalkan politik perkauman, memandangkan polarisasi kaum di negara ini sangat unik, apatah lagi setiap kaum diberikan hak sama rata dalam memberikan undi kepada parti-parti pilihan mereka.
Dan mengambil kesempatan daripada hakikat itulah, Perikatan menggabungkan tiga buah parti berteraskan bangsa pada Pilihanraya Pertama 1955 yang kemudian bertukar menjadi Barisan Nasional menerusi gabungan tiga parti teras awal Perikatan dengan parti-parti berasaskan kaum lain termasuklah dari Sabah dan Sarawak. Perbincangan antara para pemimpin parti yang turut mewakili kaum masing-masing dibuat dalam mesyuarat Barisan Nasional, sama ada mesyuarat semasa mahupun mesyuarat-mesyuarat penting seperti mesyuarat dan perbincangan tentang Pilihanraya.



