Tag Archives: phahrolrazi

phahrolrazi

Pro Phahrolrazi Jelajah Kedah Jatuhkan MB

 

Rupa-rupanya “geng” Phahrolrazi tidak berpuas hati apabila  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengulangi pendiriannya  bahawa Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan terus memimpin Pas Kedah sebagai Pesuruhjaya dan tidak ada sebarang pertukaran dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Phahrolrazi Zawawi Bakal Dedah Skandal Balak Azizan Abdul Razak


Menurut siasatan sulit, Phalrolrazi dijangka akan mendedahkan penyelewengan pemberian konsesi balak kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh Roslizan Zakaria yang merupakan Pegawai Khas Menteri Besar dan pada masa yang sama, juga mempunyai pertalian persaudaraan dengan Azizan Abdul Razak dalam masa yang sangat terdekat ini.  Juga yang akan turut didedahkan ialah pemilikan sebuah syarikat yang mendapat konsesi balak oleh Faekah binti Hamzah yang merupakan isteri pertama Menteri Besar.

Difahamkan, Phahrolrazi sedang menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan penyelewengan tersebut sekiranya Menteri Besar masih tidak berubah atau pun tidak memberi sebarang portfolio Exco kepadanya dalam tempoh segera.

RM600 Juta Atau RM60 Juta Setahun? Phahrolrazi Menipu!

Phahrolrazi Zawawi sememangnya lidah bercabang dan biawak hijau. Apakan tidak, tentangannya terhadap Azizan Abdul Razak kononnya Menteri Besar Kedah itu telah menganugerahkan projek penyelenggaraan jalanraya di seluruh Kedah kepada syarikat kontraktor kroni UMNO sebenarnya tidak lain dan tidak bukan hanyalah bertujuan untuk mengembongkan koceknya sendiri.

Jalanraya-jalanraya yang terlibat dalam projek penyelenggaraan itu adalah sejauh 2148 kilometer di seluruh negeri Kedah merangkumi 12 daerah. Kos keseluruhan adalah RM60 juta setahun dan selama 10 tahun. Dan dalam bahasa yang lebih mudah, jumlah keseluruhan selama 10 tahun adalah RM600 juta sebagaimana yang dilaporkan oleh media.

Phahrolrazi Zawawi mempunyai kepentingan dalam hal ini. Salah seorang anaknya KONONNYA berada atau terlibat dengan HCM Sdn. Bhd. HCM Sdn. Bhd mahu memonopoli projek berkenaan, sedangkan Azizan Abdul Razak pula mahu menghidupkan syarikat negeri iaitu STDC yang merupakan anak syarikat PKNK. PKNK pula adalah anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah.

Amaran Phahrolrazi Zawawi Kepada Amiruddin, Letak Jawatan Atau Sedia Hadapi Risiko

Phahrolrazi Zawawi terus menunjukkan taring dan sikap PARASITnya dalam PAS Kedah. Tindakan Ir. Amiruddin Hamzah menerima perlantikan jawatan Exco Kedah, amat tidak disenanginya. Phahrolrazi Zawawi yang merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah memberi amaran kepada Amiruddin yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, nampaknya menambahluaskan jurang krisis kepimpinan PAS Kedah.

Amiruddin yang bersetuju disambung tugas sebagai Exco, nyata tidak menyenangkan Phahrolrazi. Menurut Phahrolrazi, keputusan Amiruddin amat bertentangan dengan keputusan mesyuarat PAS Kuala Kedah pada 17 Februari lalu. Amiruddin diberi dua pilihan iaitu melepaskan jawatan Exco atau berhadapan dengan tindakan PAS Kawasan dalam tempoh 14 hari.

Phahrolrazi Zawawi Dapat Nasihat Anwar Sebelum Kosongkan Pejabat

Phahrolrazi Zawawi mengetuai Taulan Mat Rasul, Hamdan Che Khalib dan Dr. Ismail Salleh memulau perlantikan semula Exco pada 28 Februari atau Selasa ini biarpun para penyokong dan pemimpin PAS cuba menafikan pergolakan hebat yang sedang berlaku di Pejabat Menteri Besar Kedah.

Phahrolrazi yang merupakan Exco Perumahan Tempatan sudah lama tidak sabar-sabar untuk menggulingkan Azizan Abdul Razak yang dilihatnya sebagai Menteri Besar Kedah yang sangat lemah dan tidak mampu bertindak. Disokong oleh Mahfuz Omar, Phahrolrazi Zawawi berasakan tindakannya itu mendapat restu daripada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.