Tag Archives: sampah

Di Mana Pakatan Berkuasa, Di Situlah Sampah Berleluasa

Tidak hanya Selangor dan Kelantan yang bermasalah dengan sampah-sarap, bahkan Kedah juga dilanda masalah yang sama, bahkan lebih teruk lagi turut menjengkelkan Ahli Parlimen Pokok Sena suatu masa dahulu. Bermodalkan sampah, Ahli Parlimen Pokok Sena itu cuba mencari nama di kawasannya.

Namun sehingga sekarang, masalah sampah di Kedah tidak pernah berkurangan, bahkan semakin bertambah. Tiada sebarang usaha yang dilakukan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pembersihan di seluruh Kedah. Dan barangkali kerana kurangnya pendedahan yang dibuat oleh media, maka Kerajaan Negeri Kedah pun boleh duduk goyang kaki dengan senang hati.