Tag Archives: terkaya di malaysia

Cina Tertindas, Tapi Robert Kuok Kekal Terkaya Di Malaysia

Kalau mengikut kata-kata DAP dan rakan-rakan sekutu mereka, terutama sekali PAS dan PKR, orang Cina di Malaysia merupakan kelompok minoriti yang paling teraniaya. Mereka bukan sahaja teraniaya dari segi hak, bahkan mereka juga teraniaya dari segi pendidikan, sosial, kebudayaan, ekonomi dan sebagainya.

Cuma yang tidak pernah diperkatakan ialah, bagaimana pembahagian kekayaan di negara ini tidak pernah adil. Sebarang usaha yang dilakukan oleh Kerajaan untuk menyeimbangkan pembahagian kek ekonomi, pastinya bukan sahaja mendapat tentangan paling keras, tetapi juga ditohmah dan difitnah.

Tohmahan dan fitnah paling berkesan ialah, mana-mana Melayu-Bumiputera yang kaya-raya, semuanya adalah KRONI UMNO.