Tunku Aziz Sudah, PAS Dan PKR Bila Lagi..?
Agak mengejutkan dunia politik negara apabila Naib Pengerusi DAP Pusat, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim meletak jawatan serta merta apabila jawatannya sebagai senator di Dewan Negara tidak disambung oleh DAP.
Lebih mengejutkan lagi apabila individu berbangsa Melayu yang berjaya menjawat jawatan tertinggi DAP itu mendedahkan bahawa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng cuba merasuahnya dengan wang saku sebanyak RM50,000 dan beberapa faedah lain untuk memujuknya kekal bersama parti durjana itu.
Dalam kenyataannya sebelum ini, Tunku Aziz menyatakan bahawa beliau percaya kontraknya sebagai senator yang mewakili DAP di Dewan Rakyat itu tidak disambung ekoran kenyataannya sebelum ini yang tidak menyokong himpunan Bershit 3.0 pada 28 April lalu.
Kenyataan yang bertentangan dengan dasar DAP yang mahu memperkudakan bangsa Melayu PAS dan PKR itu dilihat sebagai “dosa” bagi parti yang tebal dengan sifat chauvinis itu, sehingga menyebabkan beliau disingkirkan.
Ekoran rasa terhina dengan penyingkiran secara halus itu, Tunku Aziz bertindak keluar dari DAP.
Sebenarnya, tindakan Tunku Aziz keluar dari DAP itu tidak langsung dijangka oleh Karpal, Lim Kit Siang mahupun anaknya, Lim Guan Eng. Mungkin mereka fikir, lelaki Melayu yang sudah tua itu akan akur dan dapat “dikeldaikan” maruahnya hingga ke nafas yang terakhir.
Namun mereka silap percaturan apabila Tunku Aziz membuktikan bahawa beliau tidak sehina Anwar dan Nik Aziz untuk menurut kehendak DAP meskipun cuba dirasuah dengan RM50,000 setahun dan pelbagai faedah yang memberikan kemewahan padanya.
Insiden Tunku Aziz ini juga sebenarnya telah “melondehkan” sifat sebenar DAP yang sebenarnya tidak berintergriti, mengamalkan rasuah dan sama sekali menolak kebebasan bersuara di dalam partinya.
Selama DAP tertubuh di Malaysia, para pemimpinnya menuduh UMNO dan BN sebagai sebuah parti yang korup dan mengamalkan rasuah walaupun mereka tidak pernah membuktikan tuduhan itu.
Namun kini, menjelang PRU ke-13, Allah SWT telah membuka rahsia DAP yang sememangnya selama ini mengamalkan rasuah dan begitu tebal amalan korupsinya. Mampukah DAP mengangkat mukanya lagi di depan rakyat?
Ketika Tunku Aziz menyatakan bahawa beliau tidak menyokong himpunan Bershit 3.0 yang dijamin ganas itu, beliau menjelaskan bahawa kenyataannya itu bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian DAP.
Namun, mungkin sudah semulajadi DAP mengamalkan dasar tidak bebas bersuara dan menafikan hal demokrasi di dalam parti itu, maka kenyataan itu dianggap “dosa” dan patut dihukum!
Jadi, dimanakah laungan “kebebasan bersuara” yang dituntut oleh DAP dari kerajaan BN selama ini?
Diri sendiri pun tidak mengamalkan kebebasan bersuara, tapi DAP sebok mendesak pihak yang mengamalkan kebebasan bersuara? Nampak sangat DAP tidak ada modal dan cuba berlaku hipokrit dalam isu tersebut.
Harapnya, insiden yang menimpa Tunku Aziz ini akan menjadi satu pengajaran berguna kepada seluruh bangsa Melayu yang beragama Islam di negara ini agar tidak terus tunduk kepada DAP yang sememangnya bijak memperkotak-katikkan kita selama ini.
Biarlah PAS, PKR dan anak lelaki Khir Johari sahaja yang terus “dikeldaikan” oleh dinasti Karpal dan Kit Siang. Rasanya kita sebagai bangsa Melayu yang bermaruah dan berpegang teguh kepada Islam tidak akan sekali-kali tertipu dengan permainan “adik-adik Lee Kuan Yew” ini.
Semoga Allah SWT memberkati perjuangan kita semua dalam mempertahankan negara bangsa dari pihak-pihak kafir harbi, agen Yahudi dan penganut-penganut “agama” PAS yang cuba membuat onar di bumi Malaysia. Kita 1Malaysia harmoni selamanya, insyaAllah…




Syukur akhirnya Tunku Aziz dah sedar..puak2 pas & pkr lain masih dlm mimpi lg, masih ditunggangi DAP