Unit Amal Berambus Awal Dari Muktamar, Menyampah Dengan Perwakilan Asyik Menjilat DAP dan PKR

muktamar PAS 58 tahun 2012

Muktamar masih berlangsung walaupun hari ini adalah hari terakhir. Bagaimanapun, tidak seperti kebiasaan, Muktamar PAS Ke-58 ini telah mencatatkan rekod dan akan tertulis dalam sejarah apabila para pemimpin PAS yang telah diamanahkan oleh ahli-ahli bawahan lebih memikirkan tentang survival PKR dan DAP berbanding memikirkan hala tuju dan nasib PAS dalam arus politik negara. 

Para pemimpin PAS yang berhujah dan berbahas,sekadar memenuhi ruang tanpa sebarang cadangan konkrit untuk memantapkan perjuangan parti dengan meninggalkan banyak isu-isu utama yang perlu diperbahaskan, hanya semata-mata kerana enggan menyakiti hati PKR dan DAP. 

Dan sepanjang muktamar dijalankan, ahli-ahli PAS dapat melihat dan mendengar sendiri bagaimana para pemimpin PKR dan DAP langsung tidak menghormati PAS selaku rakan sekongkol mereka, sebaliknya tanpa sebarang prejudis, membelasah PAS semahu-mahunya terutama dalam isu HUDUD dan Hadi Awang sebagai Perdana Menteri Malaysia. 

Pagi ini, unit yang paling datang awal dan balik lewat, UNIT AMAL menyaksikan 'pemberontakan kecil' apabila Unit Amal dari Perak, Pahang dan Terengganu mengambil keputusan untuk mengemas beg dan meninggalkan muktamar jam 10:30 pagi tadi. Sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Unit Amal sepanjang mana-mana Muktamar, ialah meninggalkan majlis sebelum majlis selesai. 

Tindakan Unit-Unit Amal dari ketiga-tiga negeri tersebut dilakukan sebagai tanda protes atas keegoan pimpinan PAS Kelantan. Dikatakan, sepanjang muktamar dijalankan, PAS Kelantan bertindak seperti tuan besar dan bukannya sebagai penganjur majlis. Dan sememangnya, PAS Kelantan sentiasa menampilkan diri mereka sebagai 'Kaabah PAS' yang perlu dipandang tinggi serta diberikan keutamaan. 

Bagaimanapun, Muktamar Ke-58 yang diadakan di Kota Bharu kali ini, dipenuhi dengan pelbagai insiden yang tidak sepatutnya akibat daripada pengurusan muktamar yang kucar-kacir. Kebanyakan ahli-ahli pengurusan penganjuran, bertindak bagaikan orang gila kuasa apabila mengeluarkan arahan secara sembarangan dan saling bertindih serta mengelirukan. Keadaan itu dilihat bagaikan sistem pasar basah di mana para penjual saling berteriak-teriak untuk menarik pembeli membeli ikan-ikan mereka. 

Atau dengan kata-kata lain, kehadiran ramai pemimpin PAS Pusat, menjadikan sebahagian besar daripada jawatankuasa penganjur cuba mencuri tumpuan bagi mendapat tempat dan dipandang kuat bekerja, sekaligus mengenepikan pendapat Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali bahawa PAS kekurangan calon pada PRU nanti.

Semua bahagian muktamar tersebut kucar-kacir dan langsung tidak memperlihatkan keprofesionalan PAS sekalipun PAS sudah berusia lebih setengah abad. Kalau ada pun yang teratur cuma pengurusan Dewan Muktamar. 

Namun yang paling banyak membuat rungutan adalah mereka yang berada dalam Dewan Muktamar tersebut. Kurang menarik, kata mereka. Dengan jumlah perwakilan yang tinggal, tidak beberapa orang sahaja lagi, sebahagian besar daripada mereka mengeluh tentang mutu perbahasan yang masih lagi bertaraf ceramah tepi padang. Tidak banyak benda baru yang diperbahaskan sekaligus menunjukkan para perwakilan sebenarnya tidak berilmu pengetahuan, kurang membaca dan hanya mahu bercakap tetapi tidak tahu apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka. Atau lebih tepat lagi, kebanyakan perwakilan yang membahaskan isu, tidak ubah seperti katak di bawah tempurung. 

Sesuatu yang sangat jelas daripada kualiti perbahasan yang ditunjukkan ialah, hampir kesemua yang bercakap di atas pentas itu, mengulang-ulang isu yang sama. Tiada sebarang penjelasan yang lebih konkrit sebaliknya para pembahas masih lagi mengamalkan taktik lapuk dengan mengalihkan isu dan memperkatakan perkara yang tidak berkaitan hanya semata-mata untuk membuat tuduhan kepada UMNO dan Barisan Nasional. 

Dan yang paling membuatkan perwakilan-perwakilan tersebut hanya mampu menarik nafas panjang ialah apabila para perwakilan sentiasa meletakkan kesalahan kepada UMNO dan Barisan Nasional, tetapi sentiasa membenarkan DAP dan PKR dengan hujah-hujah yang adakalanya amat dangkal. Isu Nurul Izzah menggalakkan orang Melayu agar menjadi murtad dan kafir, telah dibalas dengan isu-isu yang dilihat hanya membuatkan PAS kelihatan seperti ayam jantan tidak berkepala. 

Ramai yang berpendapat, kalau itulah kualiti yang ditunjukkan oleh PAS untuk PRU yang sedang mendatang ini, PAS seharusnya mula memikirkan tentang kedudukan parti tersebut di dalam Pakatan Rakyat. Sebabnya, persekongkolan dengan DAP dan PKR, tidak menjadikan PAS lebih cerdik, sebaliknya membuatkan PAS bertambah-tambah baghal dan bahlol.

Buktinya terserlah dalam Muktamar kali ini!

14 Responses to Unit Amal Berambus Awal Dari Muktamar, Menyampah Dengan Perwakilan Asyik Menjilat DAP dan PKR

  1. usin says:

    "Ramai yang berpendapat, kalau itulah kualiti yang ditunjukkan oleh PAS untuk PRU yang sedang mendatang ini, PAS seharusnya mula memikirkan tentang kedudukan parti tersebut di dalam Pakatan Rakyat. Sebabnya, persekongkolan dengan DAP dan PKR, tidak menjadikan PAS lebih cerdik, sebaliknya membuatkan PAS bertambah-tambah baghal dan bahlol."
    SETUJU.

  2. mak mah says:

    tadi mak mah sempat cal kwn mak mah yg baru balik dri muktamar kat kelantan…dia ni pas bedengung tapi sbb jiran dia respect juga lah mak mah..dari reaksi dia kali ni mcm tak puas hati je dgn pas tak mcm tahun lepas balik je semangat kutuk umno….dia kata " aku pas tapi kali ni aku nk pangkah bn nk ajar sikit pemimpin pas yg gila sungguh nk ke putrajaya isu islam pn tak mau bahas " 

  3. plaset dinwan says:

    depa terpaksa buat mcm tu sb byk kena tutup..  depa ingat depa makin kuat..padahal sebaliknya.. Org2 siam pun benci bila ada org melayu doakan org melayu lain mcm tu… kalau depa boleh buat mcm tu,…. senang sgt lah depa buat kat org lain…. Jenis perasan, boda dan sombong… depa mai tt akaq atau kura atau naka… siap lah.. telog busuk dok tunggu…

  4. wakretro says:

    habis tenggelam PAS kali ni……

  5. makdewok says:

    Tunggu apa lagi wahai ahli-ahli PAS ….sudah terang lagi bersuluh…kalau sebelum ni ahli-ahli PAS dok bergelap tapi sekarang cahaya terang dah menerangi semuanya….semoga PAS tidak lagi diselubungi kegelapan….pendek kata tinggalkan saja PAS tu………

  6. anakketam says:

    Sebak dan sedih juag bila berkesempatan berbual minum pagi dengan beberapa rakan pas di parlimen taiping dan bukit gantang yang terkenal ketaksuban mereka dengan pemimpin parti mereka . Sedih bukan kerana simpati tetapi sedioh melihat semangat mereka telah dilacurkan oleh pemimpim tertinggi juga dewan ulama malah dengan kata kata semangat terbaru oleh mursyidul mereka . orang umno murtad. Meraka jadi keliru kerana apakah mereka perlu memutus kan hubungan persaudaraan dengan sesama Islam juga adik abang sauara mara yang berpanjikan UMno. Ditealn mati mak diluah mati bapa.
    Didlam perbualan mereka lagi jadi keliru , keran jika dibaca nas dan hadis juga tafsir alquran, mereka tidak mendapat jawapan jujur dari pemimpim yang mempertahankan kerjasama dengan DAP yng sudah terang menetang hukukm Hudud , bersekongkol dengan NurulIzaah dalam soal akidah bila 'orang Islam boleh memilih agama dan banyak lagi..
    Kita mencalah, fikirlah dengan mata hati , adakah orang UMNO Islam murtad, jika 'Ya" apa dalil dan nas nya , jika ada jawapan maka bersetujulah dengan apa yang dikatakan oleh mursyidul , jika tiada jawapan dan masih hati berkata umno bukan murtad dan kafir maka jauhi lah parti , jika malu jangan keluar parti tetapi bila mengundi nanti undi lah sebuah parti yang boleh menjaimnkan kebahgian ummat melayu dan menjaga kesucian Islam dari dicemari oleh LBGT , IFC dan DAP .
    Selamat mengundi BN

  7. buruh kasar says:

    Huuhhhh…PAS pun gila kuasa dah skrg…piiirrrahhh..!!!

  8. jack sparrow says:

    SETUJU ssangatlh PAS semakin bangang & bahalol ….Sebab mereka kini lebih mengutamakan & menyenangkan hati rakan2 depa di PKR & DAP… Puiiih…

  9. zaza says:

    selagi UMNO xnak tegakkan islam,aku xkan sokong walau cm mana pun.. Pemimpin mcm apa yg korang pilih dlm UMNO… Mana nilai islam yg ditunjukkan!!!!!!!!!!

  10. zaza says:

    mana org ISLAM dlm UMNO ketika MCA pertikaikan hudud, apa tidak kamu semua tahu yg hudud tu hukum islam… ????????????

  11. zaza says:

    ingat nanti,kita semua akan di adili di padang mahsyar… Ummat islam akan menuntut bela atas apa yg kamu buat

  12. BROTHER BLUES says:

    unit amal pun dh meluat ngn pemimpin diorang… mcm jd hamba DAP & PKR pulak. wei korang tu paling ramai, tp xde teloq… 

  13. kassim selamat says:

    Lps ni Unit Amal jgn berambus awal tp berambus terus dr PAS kan sng..pi ikut parti bahalol mcm ni buat apa…baik angkat kaki cabuuuuuuuuuuuuuuuttt!!!!!!!!!!!!

  14. putra says:

    mu dh kutuk unit amal tu.. mu dh tnyer ke die npe balik awal….. aq tau laa sbab aq pun unit amal jgk… unmo ni kalau bab menfitnah mengutuk org no1…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <font color="" face="" size=""> <span style="">